Wednesday 13 July 2011

simbolik kasih wanita bab 04


Bab 04 : Kemaafan


Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!





Dalam kerendahan hati, hati seorang wanita seringkali berbicara sendiri. Dek kerana ingin meratapi nasib yang dialami. Meskipun jiwa mereka terasa kosong, namun jiwa mereka terdidik dengan keinginan yang mereka cuba cari. Jiwa mereka seringkali terusik dengan kata-katapenuh dusta, nista belaka. Mereka cuba untuk berada di segenap ruang hati seorang lelaki. Cuba untuk mendapatkan sesuatu tempat yang tinggi yang entah dari mana mereka cuba cari tentang layanknya kehadiran mereka.
Hati seorang wanita serapuh kaca. Andai wujud kemaafan itu maka baicaralah seorang wanita tentang kasih mereka. Walau di beri ujian yang menimpa-nimpa, namun dek kata-kata maaf mereka itu mereka telah menjadikan mereka dalam memanfaatkan setiap apa yang telah dianugerahkan untuk mereka.
“jadilah kamu pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma`ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh”
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan kemaafan sahajala kita akan dapat mengubati hati kita yang telah terluka.
Jiwa seorang wanita sentiasa meronta-ronta. Satu persatu dugaan hebat mereka tempuh.
Lelaki seringkali menganggap wanita itu adalah sebuah aset. Dimana tatkala mereka inginkan mereka cuba mencari tetapi setelah bagi mereka wanita tiada harga lagi, mereka campakkan kasih seorang wanita itu ketepi


Kemaafan bagi seorang wanita adalah sebuah lambang bagi kasih mereka. Seringkali hati mereka tercalar, mereka tahu mereka masih lagi punya anugerah kasih mereka itu. Seorang wanita berjalan di atas nama sebuah ketulusan. Mereka sedar tentang erti kasih yang mereka corakkan. Mereka juga sedar tentang makna kasih itu tiada nokhtahnya.
Kasih seorang wanita bergerak dengan nadi yang mereka ada. Mereka cuba untuk menempuh semua keajaiban yang mungkin milik mereka. Siapa tahu kasih seorang wanita mampu menyelamatkan kapal karam di lautan. Siapa tahu kasih seorang wanita dapat menenggelamkan seribu kebencian.
Apa yang pasti demi sebuah keabadian, seorang wanita menjulang kasih mereka dengan kemaafan. Adakala sehingga tiada siapa dapat menyangka tentang seribu kepahitan yang tercalit mereka membalas dengan kemaafan. Seorang wanita berjuang hidup di atas kekeliruan yang bukan mereka sendiri ambil, tetapi mereka telah nokhtahkan dengan sejuta kemanisan.
Berdasarkan daripada sudut yang berbeza, wanita seringkali dianggap punca kemusnahan. Tanpa mereka sedar bahawa seorang wanita mampu menggalas bebanan hanya dengan sebuah senyuman. Seorang wanita berlindung kemaafan yang mereka hulurkan demi menuntut sebuah keabadian.
Hari demi hari seorang wanita menghitung detik-detik kemanisan mereka. Tercuit oleh mereka andai ada yang cuba menolak kemaafan. Kasih mereka suci seiring dengan niat mereka untuk membahagiakan orang lain lebih daripada diri sendiri.
Kemaafan nurani seorang wanita tak berubah oleh waktu dan musim; bahkan jika mati abadi, hati itu takkan hilang murka. Hati seorang wanita laksana sebuah padang yang berubah jadi medan pertempuran; sesudah pohon-pohon ditumbangkan dan rerumputan terbakar dan batu-batu karang memerah oleh darah dan bumi ditanami dengan tulang-tulang dan tengkorak-tengkorak, ia akan tenang dan diam seolah tak ada sesuatu pun terjadi karena musim semi dan musim gugur datang pada waktunya dan memulai pekerjaannya...


p/s : wanita owh wanita. bab ni.. sigh~
T______T




No comments:

Post a Comment