Saturday 25 June 2011

rahmat Dia


Pernah suatu masa ia terguris..pernah jua suatu ketika ia terluka..pernah ia kecewa ditinggalkan tanpa kata..pernah ia kemurungan dibiarkan sendiri.. Kalau dahulunya ia menangis kerana peritnya gurisan itukalau dahulunya ia merintih kepedihan kerana luka itu..Hari ini ia menangis bahagia kerana pernah terguris..hari ini ia merintih kesyukuran kerana pernah terluka.. Ya Allah..Besarnya rahmatMu buat hamba yg kerdil ini.. kalau dahulu ia kecewa ditinggalkan bersama kebisuan..kalau dahulu ia pernah dilanda kemurungan kerana bersendiri..hari ini kekecewaan itulah semangatnya utk terus berdiri..kerana kemurungan itulah dia mampu tersenyum hari ini... pernah ia mengharap waktu itu kembali..utk mengubah hakikat ia ditinggalkan..menahan hati dari terluka dan terguris.. tapi hari ini..ia mengharap agar waktu itu kembali..agar dpt mengubah apa yg terjadi pada awalnya..mengubah sesuatu kesilapan kecil yg tidak sepatutnyaberlaku pada awalnya..kerana kesilapan kecil itulah ia terluka..kerana kesilapan kecil itulah ia kecewa.. Tetapi...Andai dahulu ia tidak pernah terluka..pasti ia tidak tahu apa itu bahagia..andai dahulu ia tidak pernah kecewa..pasti ia tidak tahu apa itu gembira.. Syukran Ya Allah..kerana dia aku terluka..kerana dia aku kecewa..kerana dia aku mengenal apa itu kekuatan..semangat,ketabahan..dan..KEBAHAGIAAN mengejar cintaMu.
Ya Rabbul Izzati..Hanya padaMu ku serahkan segala jiwa dan raga..Engkaulah penciptaku,fitrahku..hanya padaMu ku meminta.. Ampuni kekhilafanku dimasa lampauku..kesilapan silamku..jgnlah Engkau biarkan kesilapan itu berulang lagi Ya Rabbul Izzati..Jgn Kau izinkan mutiaraku tumpah pada perkara yg sia-sia....kuatkan diriku agar seunggul keteguhanSiti Khadijah...seutuh Aisyah Humairatiada lain yang ku harapkan..hanya kasihMu...cintaMu..rahmatMu. Kalau semalam aku tertanya-tanya..knp semua ini terjadi??hari ini aku temui jawapannya.. kerana itu yg terbaik..setiap yg terjadi ada rahmatMu disebaliknya..hanya kesabaran kuncinya..alhamdulillah...:) "....cukuplah hanya Allah bagiku...." (At-Taubah 129) muslimah khususnya dan muslimin amnya..

No comments:

Post a Comment