Thursday 23 June 2011

simbolik kasih wanita bab 02

Bab 02 : 1001 Pengorbanan.
 Selagi kehidupan itu masih berjalan, selagi itulah kasih wanita tetap bernafas.  Kasih seorang wanita semakin dijulang tatkala mereka berdiri di atas pentas pengorbanan. Pengabdian tentang harapan seringkali menjadi seindah pelangi andai hidup yang kita jalani semurni kasih seorang wanita. Lakaran pentas kasih seorang wanita penuh dengan corak yang mereka sendiri tempuh. Namun kasih mereka sentiasa wujud dan merwarnai corak kehidupan mereka. Andai tersungkur sekalipun, mereka tetap akan bangkit semula. Kasih seorang wanita adalah sinonim dengan 1001 pengorbanan.

Kehidupan yang mereka cari bukan atas dasar diri mereka sendiri,tetapi kerana kasih mereka. Mereka mencari sebuah makna kehidupan dengan penuh perkongsian yang sememangnya telah menjadi keutamaan bagi mereka. Seorang wanita tidak hanya memandang sudut kehidupan hanya menari di atas kotak pentas sendiri. Mereka  memandang jauh dan terus melakar harapan dengan memilih pilihan yang ada. Kemuliaan kasih seorang wanita tampak tatkala pengorbanan yang menjadi taruhan mereka.

1001 pengorbanan dapat mencorakkan 1001 jiwa seorang wanita. Seorang wanita melukis kasih mereka dengan lukisan yang dianugerahkan. Mereka belajar dan menerima apa yang telah mereka perolehi. Apa yang pasti kehidupan tidak seperti yang kita jangkakan. Seringkali kita tidak akan dapat apa yang kita inginkan. Tetapi tetap akan ada 1001 kemanisan di dalamnya.
  
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu..tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu dan bolah jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu..Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (Al-Baqarah:216)

Dalam meniti kembara panjang tiada yang indah permulaannya bila dihiasi dengan doa dan tawakal. Tuhan seringkali ada dalam setiap insan yang mengingatiNya. Begitu besar kesannya bagi jiwa seorang wanita yang baru ingin melakar harapan mereka tetapi telah meletakkan 1001 pengorbanan di atas jalan Illahi. Apa yang pasti benteng pengorbanan adalah senjata bagi mereka yang inginkan keabadian. Kerana keabadian tercipta apabila meniti di atas 1001 pengorbanan. 1001 pengorbanan yang akan memberi kesan pada corak lakaran mereka dan tanpa membuat spekulasi yang buruk tentang apa yang telah mereka miliki. Keredhaan pada hati yang kecil apabila bergelar seorang wanita adalah kunci bagi destinasi yang seterusnya bagi kasih mereka.

Hari-hari yang berlalu andai wujudnya seribu kepahitan, pasti ada kemanisan andai sejuta senyuman kita hulurkan. Begitulah hebatnya kasih seorang wanita apabila dapat berdiri teguh dengan pendirian nya dengan 1001 pengorbanan yang tiada hentinya. Kasih seorang wanita melakar kehidupan mereka dengan mencari erti cinta sebenar. Tiada ungkapan yang mampu untuk mereka bicarakan andai  hati kecil mereka telah terdetik dengan bisikan cinta. Kasih mereka tiada teruhannya sehingga meletakkan  sekadar memiliki sebuah cinta yang hakiki. Bagi mereka tiada apa yang ingin mereka suarakan andai cinta itu milik mereka. Tetapi untuk menakluki cinta itu merka perlu bermain di pentas lakonan duniawi. Manusia seringkali meggunakan kasih seorang wanita sebagai aset hiasan tanpa mempedulikan hak wanita yang abadi.

Wanita berhak untuk memiliki cinta yang hakiki dan abadi. Namun, hati mereka begitu rapuh apabila berbicara tentang cinta. Cinta ungkapan indah. Bagi seorang wanita cinta itu satu anugerah untuk mereka. Namun, rencana nya hanya Tuhan yang tahu. Bersyukur dengan anugerah. Tetapi anugerah tidak menjadi berharga apabila harapan itu terlalu mudah untuk digapai. Apa yang pasti untuk memiliki sebuah yang abadi Tuhan berhak untuk menguji. Bagi seorang wanita yang lemah memungkinkan mereka akan terungkur di pentas lakonan dunia. Wanita yang teguh pendiriannya pasti dapat menakluki kasih mereka seiring dengan apa itu cinta.

Rencana yang Tuhan aturkan setimpal dengan kemampuan mereka sendiri. Ada kala cinta dianugerahkan dengan mudah dan  kita yang mencorakkan untuk kali seterusnya. Ada waktu pula cinta dianugerahkan dengan pentas lakonan yang hebat. Lakonan itulah yang dipanggil coraknya. Apa yang dipelajari ada ketika cinta dipisahkan untuk kita merebutnya. Ada ketika cinta dipisahkan untuk kita belajar erti setia, belajar sebuah penantian. Ada ketikanya pula cinta dipisahkan untuk kita mengenali sebuah penerimaan.

Di sebalik liku-liku sebuah cinta 1001 pengorbanan menjadi kekuatan untuk seorang wanita meraih cinta mereka. Namun,apa yang dipelajari cinta hadir bukan untuk melemahkan. Meletakkan diri wanita dalam sebuah harapan, 1001 pengorbanan adalah lorong-lorong yang mereka akan tempuh.  Kasih seorang wanita itu perlu berani berkorban untuk melukis gerbang harapan merka. Seterusnya untuk mencipta pintu kebahagiaan mereka.

Menjadi naluri seorang wanita bergelar seorang isteri adalah satu ungkapan yang indah untuk kita lafazkan. Namun indahnya suasana dalam berumah tangga adalah sesuatu yang belum pasti akan keindahan nya. Adalah menjadi seorang isteri merupakan tanggujawab yang amat besar dalam hidup. Jika tiada 1001 pengorbanan, maka sebuah hubungan mungkin tidak seindah biasa. Untuk menerima kemanisan, memang lumrah bagi kita untuk menelan kepahitannya.   

Yang tergambar di hati seorang wanita apabila bergelar seorang isteri adalah menjadi yang terbaik di mata mahupun hati suami. Untuk meniti perubahan lakaran kehidupan, tiada yang abadi dalam hidup ini tanpa sebuah pengorbanan. Wanita yang memiliki hati untuk berkorban adalah wanita yang ingin menakluki sebuah pementasan yang hakiki. Jelas terpancar apabila melangkah satu demi satu arah yang belum pasti namun demi yang hakiki itu seorang wanita berjuang demi kasih mereka.

Namun indahnya kehidupan yang hakiki memang tiada pada dunia yang jelas adalah sementara cuma. Walaupun seorang wanita tidak dapat menggenggam lakaran harapan, baginya hanyalah satu merasakan diri mereka cukup sempurna apabila dapat membahagiakan orang lain.  Bagi mereka lakaran dapat dilakar dengan wujudnya perkongsian yang abadi. Oleh sebab itu wanita sering mengganggap air mata itu teman yang setia di sisi mereka tatkala  wujud segaris luka.

Terluka adalah sinonim dengan jiwa seorang wanita. Namun 1001 pengorbanan yang cuba mereka bicarakan merupakan senjata utama bagi wanita untuk merealisasikan harapan mereka. Harapan tidak seindah impian. Tiada yang mampu menjadi hakiki. Wanita hanya terus melakar harapan mengikut kerendahan hati mereka dalam memiliki apa yang telah mereka miliki.

Menjadikan kebahagiaan orang lain menjadi kebahagiaan sendiri merupakan satu jalan bagi wanita meletakkan mereka adalah satu anugerah yang tidak ternilai harganya. Berkongsi hidup dalam bergelar seorang isteri serta ibu adalah destinasi yang cukup hebat.

Tiada wanita yang dianggap terbaik tanpa berhasil untuk menjadi seorang isteri serta ibu yang terbaik. Mencari kesempurnaan bukanlah satu cara yang mudah. Menggalas bebanan itu adalah cukup hebat bagi seorang wanita. Namun, kesabaran seorang wanita mendidik mereka dalam meniti 1001 pengorbanan itu. Nyatanya kehidupan dalam perekongsian merupakan lakaran yang paling indah. Seorang wanita meniti hari dengan penuh kesabaran dan keyakinan melambangkan keluhuran pekerti mereka. Mereka menjadikan jerit payah seorang isteri dan ibu bukanlah satu bebanan melainkan perkongsian mereka menjadi tembok kukuh dalam sinar kasih yang hakiki.