Wednesday 22 June 2011

simbolik kasih wanita bab 01


Bab 01 : Wanita Di Mata Pena.


"Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal
fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia - si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami."

 Mencari mereka membawa banyak  pengertian. Menolak mereka juga mewujudkan seribu warna kehidupan. Aku cuba untuk membawa pengertian kepada yang sudi memahami. Aku cuba untuk mewujudkan seribu warna kehidupan kepada yang sudi menyelami “simbolik kasih wanita”
  
Mata pena lebih laju untuk bersuara. Malah lebih lantang untuk bercerita. Mencari dan menolak hanya satu perantara yang cuba aku kongsikan. Mencari dan menolak juga adalah satu titik untuk aku bicarakan. 

Mengenali wanita mudah untuk kita suarakan, mudah untuk kita bicarakan. Namun untuk mengenal simbolik yang ada memerlukan sedalam taruhan untuk dipersembahkan.  Begitu banyak jalan yang ada di depan mata untuk kita cuba bagi memenangi hati wanita. Bagi mengenali jiwa mereka. Lumrah yang tersedia ada hati wanita mudah tercuit. Tetapi adakah cukup sekadar untuk kita memenangi hati mereka? Adakah mampu untuk kita memikul janji membalas pena hati wanita?

Wanita
Makin dicari makin menghilang
Makin ditolak makin datang
Kudrat kasih yang diminta
Hanya ada di balik rahsia
Wanita
Dalam hati meronta-ronta
Dalam hati berbisik hiba
Biar rahsia wujudnya hala
Mencari kasih di hujung senja
Wanita
Telah dicoret seribu puisi
Telah dilakar sejuta wajah
Hati-hati bersatu suara
Merenung khatimah cinta yang ada
Wanita
Hanya berpaling tertinggal bisa
Hanya bertumpu sesat dimana
Pena hati meruntun juga
Mata pena mentafsir segala

Seribu puisi mungkin dapat mentafsir semua rahsia tentang wanita. Tetapi ada ketika sejuta puisi pun tidak mampu untuk merungkai segalanya. Begitu kasih mereka terlalu simbolik. Terlalu payah untuk mengggambarkan bagaimana untuk mencoretkan pena hati seorang wanita. Mengenal mereka, memahami mereka, menjaga mereka belum cukup untuk diluahkan walau hanya dengan satu kata. Dalam meniti pelangi kehidupan, kasih wanita seringkali dianggap menghilang. Ramai yang memandang mereka hanya pada satu sudut. Ada yang lupa padahal kasih mereka tidah pernah hilang. Kasih mereka senada dengan realiti kehidupan. Malah kasih mereka berterusan hingga satu jalan dimana kita sendiri tidak dapat mencari penghujungnya.

Kasih wanita begitu indah andai ada jiwa yang dapat menyelami mereka. Di sebalik agama yang telah tercipta untuk mereka, mereka menjadi semakin indah. Andai diungkap mampu menggocang dunia.  Tetapi manusia hanya memandang wanita sebagai satu hiasan semata. Meletakkan  keindahan mereka sekadar melihat kewujudan mereka. Sedangkan  keindahan kasih seorang wanita  adalah hakikat yang perlu kita sedari.

Jiwa seorang wanita terlalu rapuh andai dipertontonkan. Namun suci kasih mereka tidak dapat untuk dijual beli. Oleh hal yang demikian  hanya insan yang menakluki hati mereka yang dapat mentafsir segalanya. Dalam dunia ini bukan semua persoalan yang memerlukan jawapan yang pasti.  Ini kerana penitian sebuah harapan terlalu susah untuk diungkapkan andai kasih wanita yang menjadi taruhannya.
  
Suara pena hati wanita terlau sepi untuk direncanakan. Permulaan yang tiada hujungnya kelihatan sukar untuk dijejaki. Seorang wanita tetap teguh berdiri dengan lakaran kehidupan mereka sendiri. Ada ketika mereka hanya mampu sepi sendiri. Demi mencari ketulusan kudrat kasih mereka.

Anugerah kelembutan ada di sebalik wujudnya nama seorang wanita. Tatkala kasih itu mula terasa ada juga manusia yang cuba mempersoalkan kelembutan wanita sehingga menjadikan sebagai satu isu utama. Mereka cuba untuk menunjukkan mereka hebat dengan bermain dengan kelembutan kasih seorang wanita. Dalam hidup ini kasih seorang wanita tidak perlu untuk kita persoalkan. Kita juga tidak perlu untuk bermain di pentas hati seorang wanita. Mana mungkin kita dapat meleraikan sebuah kasih yang telah tercipta untuk kita menerima, untuk  kita berkongsi rasa.

Untuk menilai seorang wanita mungkin satu kerja yang mudah. Hanya dengan satu pandangan, kita boleh menilai mereka. Tetapi untuk terus mengekspresasikan kasih mereka dengan mata pena hati adalah satu perjalanan yang amat payah. Tuhan menguji manusia tidak mengira waktu dan suasana. Apa yang pasti, bila di uji mata pena hati seorang wanita  mula berbisik.
  
Wanita satu anugerah yang terlalu berharga. Apabila mengenali mereka merupakan satu anugerah dalam kehidupan yang terlalu sukar untuk diungkapkan. Kehidupan ini menjadi lengkap dengan kehadiran kasih mereka. Seluruh jiwa mereka kita takluki menjadikan kita seorang yang bertuah. Siapa sangka kasih mereka dapat meletakkan manusia sebagai insan yang sempurna. Keinginan kita untuk berkongsi kasih dengan mereka tidak pernah mereka persoalkan. Malah menerima bahawa kasih mereka wujud hanya untuk dikongsi bersama.

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
  
Kelembutan yang telah dianugerahkan di sebalik keluhuran mereka adalah sebagai anugerah andai wanita solehah yang menjadi taruhan nya. Setiap baris lirik lagu yang kedengaran banyak menceritakan keluhuran mereka sebagai anugerah yang amat bernilai. Ada waktu kita buta untuk melihat keindahan itu. Ada ketika juga keindahan anugerah itu manusia hanya mampu bisu untuk meluahkannya. Mereka hanya mampu melihat cantiknya hiasan itu. Hiasan yang selama ini mereka fikirkan hanyalah cantik untuk dilihat. Padahal mereka tidak tahu sama sekali bahawa kasih seorang wanita perlu disentuh, perlu dirasa. Kasih mereka telah wujud sejak permulaan kejadian.

 Keaslian kasih seorang wanita tidak perlu untuk dibicarakan. Mereka dianugerahkan Tuhan sebagai perantara yang baik. Mencari pelengkap untuk terus mengisi lorong-lorong kehidupan, untuk kita terus meniti mata pena hati kasih seorang wanita.

Ada ketika rahsia seorang wanita bukanlah terletak pada apa yang sukar untuk kita jelaskan. Tetapi terletak pada mata pena hati mereka yang datangnya kerana Allah Yang Esa dan perginya juga kerana Allah yang satu. Wanita hanya menghitung di sebalik apa yang telah mereka pelajari. Mereka mencari keagungan mereka sendiri disebalik ciptaan Tuhan yang diberi. Mereka tidak sekadar hadir hanya mengucap sebuah janji tetapi mereka hadir dengan mengucap ungkapan yang hakiki.

Kewujudan kasih seorang wanita tiada siapa yang mampu menolaknya. Apatah lagi untuk menyeru mata pena hati mereka untuk bersuara. Bagi menidakkan mana yang tidak dan membetulkan mana yang betul. Hati seorang wanita menari-nari di sebalik pena mereka. Mereka melukis keindahan yang diciptakan. Mereka tidak punya gentar untuk terus mengindahkan lukisan mereka. Mereka tahu apa yang mereka inginkan. Mereka tahu apa yang mereka perlu ketepikan. Malah mereka tahu apa yang perlu mereka lemparkan.

Bermula dengan permulaan yang kurang pasti wanita cuba untuk mengira hari-hari mereka agar seiring dengan harapan yang ingin dibina. Mereka tak perlu untuk merayu. Mereka tak perlu untuk merintih. Apa yang datang adalah sebuah hakikat dimana wanita itu sendiri berjalan di atas pentas lakaran mereka. Walau perit mereka tetap akan melangkah. Walau sakit mereka tetap akan berjuang. Begitu keras hati mereka dalam melaksanakan keinginan mereka selari dengan jalan Esa. Kasih mereka yang mereka pertaruhkan adalah suci. Demi meraih hak yang kekal abadi.

Mata pena hati seorang wanita selau berjalan dengan membawa kasih wanita itu banyak cabangnya. Bagi mereka ada ketika wanita memburu impian hanya dengan berbekalkan keinginan. Ada pula yang beranggapan bahawa kasih seorang wanita mencari harapan dengan seribu warna-warni lakaran. Apa yang pasti wanita memang wujudnya mereka dengan keabadian yang pasti. Tidak terbahagi kepada banyaknya cabang pilihan dan tidak pula panahan ujian Tuhan menjadikan mereka jatuh tersungkur.

Kehidupan yang wanita cuba selami terlalu dalam dan tidak terjangkau dek akal fikiran mereka. Setiap langkah yang mereka ambil belum tentu mewujudkan seribu pelangi yang indah. Namun bagi wanita berapa banyak langkah yang mereka ambil, mereka tidak sedikit pun peduli. Apa yang mereka buktikan mereka ada dengan sejuta kasih yang mereka hulurkan. Mereka tidak perlu untuk mentafsir kehendak alam kepada mereka. Bagi mereka cukup hanya dengan mengira bait-bait kata yang tersembunyi di sebalik mata pena hati mereka. Mereka melengkapkan dalam ungkapan indah,sebuah doa yang terlafaz.

Senyuman bagi mereka adalah satu ucapan terima kasih ats kurniaan Tuhan bagi mereka. Mereka percaya dengan kasih mata pena hati mereka,mereka dapat terus dan terus melakar seribu harapan. Senyuman mereka adalah senjata bahagia bagi kita yang bergelar manusia. Selagi masih bernafas di situ ade sinar kasih mereka.
  
Kasih seorang wanita melakar seribu jawapan kepada setiap titian hasrat. Keredhaan seorang wanita adalah sebuah lambang yang dimiliki bagi kasih mereka. Keredhaan mereka seringkali menampakkan.setiap titisan air mata mereka yang mengalir. Namun air mata seorang wanita adalah teman yang paling setia untuk mengungkapkan seribu kasih yang telah tercalar. Tuhan mengira setiap titisan air mata yang mengalir. Menjadikan mereka seorang wanita yang berjiwa besar kerana mereka telah dianugerahkan kesabaran yang menjulang nama mereka disisi Yang Maha Esa.

Demi menakluki kasih seorang wanita,mereka menjadi ikhlas menerimanya. Sesungguhnya walau kasih seorang wanita ada permulaannya tetapi kasih seorang wanita tiada penghujungnya. Mencari kasih mereka dengan menanti penuh harapan yang pasti. Tiada satu cela yang akan menghumban kita untuk mereka. Kesucian kasih mereka hanya satu untuk berkongsi kasih yang telah tercipta.





No comments:

Post a Comment