Tuesday 21 June 2011

tinta hati seorang wanita..




berilah peluang kepada "hati kecil" untuk mendominasi "hati besar" kita. Kekadang sesuatu yang kabur bukan terlalu jauh, tetapi kerana terlalu dekat. Dan biasa terjadi sesuatu tidak dapat dilihat bukan kerana terlalu gelap tetapi terlalu terang. Bak kelawar yang tidak dapat melihat siang, bukan kerana redupnya mentari tetapi kerana tidak upayanya mata sendiri.
katakan pada diri, jika tak sanggup mengharung laut kelelahan, jangan diharap seraut kejayaan. Kita tidak dapat menjangkau rahsia mutiara jika tidak berani menyelami samudera. Berani untuk kalah. Ingat selalu bahawa kekalahan hakikatnya adalah kemenangan yang ditangguhkan.

doa diperkenankan ketika kita gigih berusaha bukan semasa kita asyik mengeluh dan meminta.

kata hukama:
"jangan cuba dikawal arahnya taufan tetapi kawallah layar kehidupan. Tak perlu diukur kedalaman lautan tetapi panjangkanlah kail yang sejengkal."

tidak mengapa jika anda tidak memenangi pertandingan dengan orang lain asalkan anda menang ketika bertanding dengan diri sendiri.
jadilah diri sendiri kerana setiap manusia lahir dengan segala bekalan untuk berjaya.

Jika mampu, jadilah pohon di bukit yang tinggi. Jika tidak, cukuplah jadi rumput tapi jadilah rumput yang paling hijau di muka bumi.


p/s: carilah sesuatu yang "luar biasa" di sebalik yang kelihatan biasa-biasa.. :)



No comments:

Post a Comment