Tuesday 23 August 2011

simbolik kasih wanita bab 05

Bab 05 : meniti pelangi kehidupan.


“Hiduplah dengan cinta! Tetapi bukan bererti cinta buta. Kita dapat mencintai hidup dengan lebih baik, yaitu cintailah sekelilingmu, baik yang ada diluar dirimu atau didalam dirimu.”


Dalam kelam sangsi seorang wanita seringkali cuba melemparkan resah mereka ke lautan atau ke gunung atau ke ruang angkasa tak bersempadan. Namun, mereka tetap punya kelemahan daya mereka sendiri. Mereka hanya mampu untuk simpulkan resah mereka. Mereka anyam menjadi satu gubahan di hati. Dalam debu rasa, dalam seru indera, terpatri sebuah cerita. Resah mereka satu anugerah, bahawa mereka masih punya rasa.
Pelangi indah untuk ditawan, tapi begitu sukar untuk ditawan. Harapan mereka umpama pelangi, begitu sukar untuk dipenuhi. Sebagai insan, harapan dan pengharapan mereka menganggap penting untuk mereka meneruskan perjalanan hidup ini. Demi sebuah pengharapan itu, mereka menjadi begitu tabah dan yakin untuk teruskan kehidupan.
Terluka dan diluka, mereka tidak dapat lari dari semua ini. Sama ada mereka yang melukakan atau mereka sendiri yang terluka. Walaupun itu mungkin bukan kehendak mereka. Inilah warna-warni kehidupan. Kadangkala hati seorang wanita tersalah tafsir atau orang lain juga begitu. Tiada siapa yang sempurna. Semua terserah kepada diri sendiri bagaimana mahu merwarnai hari ini dan esok dengan warna pelangi ciptan sendiri.
Ada waktunya seorang wanita terpaksa melukakan hati insan lain. Tapi dalam masa yang sama mereka melukakan hati sendiri. Bukan mereka tidak punya pilihan. Adakalanya mereka tersepit. Mereka terpaksa memilih mana yang mereka rasa terbaik di antara yang terbaik itu. Kadangkala apa yang mereka fikirkan terbaik untuk mereka, tidak semestinya terbaik untuk insan lain. Ada waktunya juga mereka terpaksa memilih yang terbaik untuk diri sendiri, dengan niat bukan untuk kepentingan diri sendiri. Moga apa yang mereka pilih itulah yang benar2 mereka inginkan. Walaupun mereka sendiri tidak tahu sejauh mana ketepatan pilihan mereka. Tapi mereka ada rasa. mereka ada naluri. Yang pasti risikonya tetap ada. Moga pilihan mereka kini tak kan mengundang luka lagi.
Sebuah ungkapan untuk renungan:
“kehidupan datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin hidup, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya. Dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali sebuah kepercayaan tentang percintaan. Mungkin mereka menginginkan kita bertemu dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, yang hakiki. Hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.”
Yang mereka pelajari kehidupan bukan mengajar mereka untuk menjadi seorang yang lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Mereka hidup dengan seikhlas hati, berkongsi kasih dengan apa yang adanya dia. Bukan siapa dia dan bagaimana dia sebelum mengenal kita.
“Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keberkatan dari-Nya. Kehidupan kita di dunia ia tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan,cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.”
Seorang wanita akan cuba untuk mempertahankan ikatan ukhuwah yang mereka sendiri jalinkan. Mereka sedia bajai dengan kesabaran agar ia akan tumbuh dililiti dengan kesetiaan. Mereka  sirami ia dengan kejujuran. Moga bagi mereka akan lahir sebuah keikhlasan. 
“Ingin sekali aku lihat ia mekar persis kembang mawar dipagi hari. Pandanglah dengan mata hati. Fikirkan dengan akal dan tafsirlah dengan iman. insyaAllah, hidupmu akan diberkati.”
“Kekasih yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Kekasih sejati menjadi pendorong impian. Kekasih berhati mulia membawa kita ke jalan diberkati. Jadilah kau kekasih. Biarlah sinarmu suram asalkan kekal daripada terang namun seketika cuma.
Disini menanti sebuah pengharapan dengan kemilau keriangan, membahang sehangat mentari.”

Mereka melihat warna-warni indah pelangi di sana, hati kecil mereka melonjak, melangkah pantas dihayun, meredah onak dan duri. Demi untuk kesana. Adakala perjalanan mereka terhenti. Adakala terasa begitu payah untuk mereka teruskan. Terkapai mereka di lembah itu, mencari arah pasti. Di mata mereka cuma terbentang lembah kecil penuhi luka. Mampukah mereka untuk tmeneruskan perjalanan ini?
Duhai cinta. Di bawah redup ini hatiku berbicara. Wajahmu sentiasa di layar hatiku. Kita pernah berjanji untuk bersama menempuh hari esok. Bersama berlari di titian harapan agar impian terlaksana. Kita meniti sinar pelangi mencari bahagia hakiki. Yang pasti kita akan jatuh dan bangun untuk sama-sama meneruskan perjalanan ini.
Sesuatu yang tidak dapat kita jangkakan itu yang harus dihadapi dengan seribu kekuatan. Hati seorang wanita bertanya adakah ini suratan yang telah tersurat atau mungkin hanya satu kebetulan. Kita seringkali mempersoalkan tentang hidup, tentang pilihan dan kehendak hati sendiri. Dalam sedar atau tidak, kejujuran itu makin pudar dan jawapan makin sukar ditemukan. Mengapa sering terjadi pilihan tidak menepati dan hakikat tak pernah seindah impian.
Bagi kasih seorang wanita pertemuan pertama mereka amat bererti. Mereka hargai apa yang masih menjadi milik mereka saat ini. Mereka  tahu tiada apa pun yang sebenarnya menjadi milik mereka yang abadi. Mereka juga  tahu selautan janji yang di lafaz tak mungkin dan tak mampu digalas. Namun mereka cuba untuk menyirami setiap janji. Moga ia mekar selamanya.
Dalam terpaksa ada rela. Sukar untuk kita menjaga hati setiap insan yang hadir dalam hidup kita. Indahnya andai tiada yang terluka, tiada yang tercalar pedih menangis sedih. Mustahilkah semua ini? Tanyakan hatimu pasti akan ada jawapannya.
Menjalin sebuah ikatan  pasti akan ada hati yng tercuit, ada yang berasa diabaikan, dilupakan. Ada hal-hal yang berlaku di luar kawalan kita. Kita takkan mampu untuk melakukan apa-apa. Kasih seorang wanita hadir dengan sekadar mampu berdoa agar segalanya aman kembali. Moga tiada tangis, tiada air mata membasahi pipi. Moga apa yang mereka lakukan adalah yang terbaik untuk semua orang, mengikut kadar kemampuan yang ada. Di kala ini mereka mengharap semua orang akan mengerti dan memahami.
Bukankah penerimaan seadanya itu penting? Bertolak ansur, cuba saling memahami. Kadangkala sesuatu yang mudah terlalu sukar untuk dimengertikan kerana emosi mengawal fikiran. Biar bagaimana sekalipun hidup  ini, seorang wanita sedia berusaha mencari dan menyelesaikan apa yang sering tidak fahami. Wanita cuba bediri dengan menjadi diri sendiri. Mereka lebih menghargai apa yang mereka miliki hari ini kerana esok tidak pasti apa yang tinggal lagi.
Wanita..
 kau mampu untuk menjadi apa yang kau inginkan.
Asal kau tahu apa yang kau mahukan.
Ikhlas dan jujur sentiasa.
Kasih..
 kehadiranmu dalam hidupku memberi seribu erti.
 Kau penyuntik semangat untuk aku terus melangkah.
Kusyukuri dengan  ukhuwah yang wujud.
 mewarnai kehidupan aku.
Akanku madahkan setiap yang ku perolehi.
 menjadi coretan gurindam menemani titan perjalanan ini.
Hari ini kupasti tidak meragui hatimu.
Kasih seorang wanita cuba untuk mempertahankan sebuah ketulusan walaupun selautan janji yang terpatri tidak menjamin kemanisan akan terus menjadi milik yang abadi. 
Hidup ini penuh ranjau duri. Ada kemanisan dan kepahitan. Walau sementara cukup untuk mengajar seorang wanita lebih bersedia, lebih kuat menghadapi dugaan-dugaan hidup.
bersama kesetiaan ini..
Sirami wangian mawar putih
Kepada sebuah kenangan lalu
Bisakah merubah detik yang berlalu.


p/s owh. kenangan itu. aku rindu kenangan itu. =.="












No comments:

Post a Comment